Tuesday, May 31, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran

Sekarang kita bercerita pasal rahsia bulan kelahiran korang . Mungkin sebahagiannya betul dan juga tak betul . Tapi tengoklah pada keadaan korang sendiri . ermm , saya lahir bulan disember . Saya pun mencari-cari rahsia bulan kelahiran saya ni . Mungkin ada termasuk pasal cinta-cinta ni kot kan ? ehem .  hahahaha . ok , korang bacalah rahsia bulan kelahiran korang mengikut bulan korang sendiri . Yang tak nak baca pun tak apa . Cuma korang tengok sekeliling blog saya lah kan . takpe , saya tak kesah . asalkan korang dapat ilmu . rahsia bulan kelahiran adalah seperti berikut :-

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius , suka mendidik dan didik .
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik .
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan .
  • Suka pada kecantikan , kekemasan dan teratur .
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam .
  • Pandai mengambil hati orang lain .
  • Pendiam kecuali telah dirangsang .
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi .
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri .
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema .
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya .
  • Cukup sayang pada kanak-kanak .
  • Suka duduk di rumah .
  • Setia pada segala-galanya .
  • Perlu belajar kemahiran bersosial .
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi .
    FEBRUARI

    • Berfikiran abstrak .
    • Sukakan benda yang realiti dan abstrak .
    • Bijak dan pintar
    • Berpewatakan yang mudah berubah .
    • Mudah menwan orang lain .
    • Agak pendiam .
    • Pemalu dan rendah diri
    • Jujur dan setia pada segalanya .
    • Keras hati untuk mencapai matlamat .
    • Tidak suka dikongkong .
    • Mudah memberontak apabila dikongkong .
    • Suka kegiatan yang lasak .
    • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif .
    • Mudah mempamerkan marahnya .
    • Tidak suka benda yang remeh-temeh .
    • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya .
    • Sangat berani dan suka memberontak .
    • Bercita-cita tinggi , suka berangan-angan dan ada harapan untuk merelisasikan impiannya .
    • Pemerhatian yang tajam .
    • Suka hiburan dan suka .
    • Suka benda yang bersifat seni .
    • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran .
    • Berkecenderungan pada benda yang tahyul .
    • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros .
    • Belajar untuk mempamerkan emosi . 
    MAC

    • Berpesonaliti menarik dan dinamik .
    • Mudah didampingi .
    • Sangat pemalu dan pemendam rasa . 
    • Sangat baik secara semulajadi , jujur pemurah dan mudah simpati . 
    • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran .
    • Suka pada kedamaian .
    • Sangat peka pada orang lain .
    • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain .
    • Tidak cepat marah dan sangat amanah .
    • Tahu membalas dan mengenang budi .
    • Pemerhatian dan berdendam jika tidak dikawal .
    • Suka berangan-angan .
    • Suka melancong .
    • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi .
    • Kelam kabut dalam memilih pasangan .
    • Suka dengan hiasan rumahtangga .
    • Punya bakat seni dalam bidang muzik .
    • Kecenderungan pada yang istimewa dan baik .
    • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan .
    APRIL

      • Sangat aktif dan dinamik .
      • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal .
      • Sangat menarik dan pandai menjaga diri .
      • Punya daya mental yang sangat kuat .
      • Suka diberi perhatian .
      • Sangat diplomatik(pandai memujuk) .
      • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang .
      • Sangat berani dan tiada perasaan takut .
      • Suka perkara yang mencabar , pengasih , penyayang , sopan santun dan pemurah .
      • Emosi cepat terusik .
      • Cuba kawal perasaan .
      • Kecenderungan bersifat pendendam .
      • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan .
      • Kuat daya ingatan .
      • Gerak hati yang sangat kuat .
      • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain .
      • Berpenyakit disekitar kepala dan dada .
      • Sangat cemburu dan terlalu cemburu .
      MEI
      • Keras hati dan tegas .
      • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi .
      • Pemikiran yang tajam.
      • Mudah marah apabila tidak dikawal .
      • Pandai menarik hati dan perhatian orang lain .
      • Perasaan yang amat mendalam .
      • Cantik dari segi mental dan fizikal .
      • Tidak perludimotivasikan .
      • Tetap pendirian , tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain .
      • Mudah dipujuk .
      • Bersikap sistematik(otak kiri) .
      • Suka berangan .
      • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa dibertahu .
      • Bhagian telinga dan leher mudah diserang penyakit .
      • Daya khayalan yang tinggi .
      • Pemikiran yang tajam .
      • Pandai berdebat .
      • Fizikal yang baik .
      • Kelemahan sisitem pernafasan .
      • Suka sastera , seni dan muzik serta melancong .
      • Tidak berapa suka duduk di rumah .
      • Tidak bolah duduk diam .
      • Tidak punya ramai anak .
      • Rajin dan bersemangat tinggi .
      • Agak boros . 
        JUN
        • Berfikiran jauh dan berwawasan .
        • Mudah ditawan kerana sikap baik .
        • Berperangai lemah lembut .
        • Mudah berubah kerana sikap baik , perangai , idea dan mood .
        • Idea yang terlalu banyak di kepala .
        • Bersikap sensitif .
        • Mempunyai pemikiran yang aktif(sentiasa berfikir) .
        • Sukar melakukan sesuatu dengan segera .
        • Bersikap suka menangguh-nangguh .
        • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik .
        • Cepat marah dan cepat sejuk .
        • Suka bercakap dan berdebat .
        • Suka buat lawak dan bergurau .
        • Otaknya cerdas berangan-angan .
        • Mudah berkawan dan pandai berkawan .
        • Seorang yang sangat tertib .
        • Pandai mempamerkan sikap .
        • Mudah kecil hati .
        • Mudah kena selsema .
        • Suka berkemas .
        • Cepat rasa bosan . 
        • Sikap terlalu memilih dan cerewet .
        • Kurang mempamerkan perasaan . 
        • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati .
        • Suka pada barang yang berjenama .
        • Mudah menjadi eksekutif .
        • Kedegilan yang tidak terkawal .
        • Sesiapa yang memuji , dianggap musuh . Siapa yang menegur dianggap kawan .

        JULAI
        • Sangat suka didamping .
        • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki .
        • Agak pendiam kecuali dirangsang .
        • Ada harga dan maruah diri .
        • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan .
        • Mudah dipujuk dan bercakap lurus .
        • Sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya .
        • Berjiwa sentimental .
        • Jarang berdendam .
        • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan .
        • Tidak suka benda remeh-temeh .
        • Membimbing cara fizikal dan mental .
        • Sangat peka , mengambil berat dan mengasihi serta penyayang .
        • Layanan yang serupa terhadap semua orang .
        • Tinggi daya simpati .
        • Pemerhatian yang tajam .
        • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian .
        • Mudah dan rajin belajar .
        • Suka muhasabah diri .
        • Suka  mengenagkan peristiwa atau kawan lama .
        • Suka mendiamkan diri .
        • Suka duduk di rumah .
        • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan .
        • Tidak agresif kecuali terpaksa .
        • Lemah dari segi kesihatan perut .
        • Mudah gemuk kalau tak kawal diet .
        • Minta disayangi .
        • Mudah terluka hati tapi lambat pulih .
        • Terlalu mengambil berat .
        • Rajin .


        OGOS
          • Suka berlawak .
          • Mudah tertawan padanya .
          • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain .
          • Berani dan tidak tahu takut .
          • Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan .
          • Pandai memujuk orang lain .
          • Terlalu pemurah dan bersikap ego .
          • Nilai harga diri yang sangat tinggi .
          • Dahagakan pujian .
          • Semangat juang yang luar biasa .
          • Cepat marah dan mudah mengamuk .
          • Mudah marah appabila cakapnya dilawan .
          • Sangat cemburu .
          • Daya pemerhatian yang tajam dan teliti .
          • Cepat berfikir .
          • Fikiran yang berdikari .
          • Suka memimpin dan dipimpin .
          • Sifat suka berangan .
          • Berbakat dalam seni lukis , hiburan dan silat .
          • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk .
          • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit .
          • Belajar untuk bertenang .
          • Kelam kabut .

          SEPTEMBER
          • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur .
          • Sangat cermat , teliti dan teratur .
          • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik .
          • Pendiam tapi pandai bercakap .
          • Sikap sangat cool , sangat baik dan mudah simpati .
          • Sangat prihatin dan terperinci , amanah , setia dan jujur .
          • Kerja yang dilakukan sangat sempurna .
          • Sangat sensitif yang tidak diketahui .
          • Seorang yang banyak berfikir .
          • Daya pentaakulan  yang baik .
          • Otak bijak dan mudah belajar .
          • Suka mencari maklumat .
          • Kawal diri dari terlalu mengkritik .
          • Pandai mendorong diri sendiri .
          • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia .
          • Suka sukan , hiburan dan melancong .
          • Kurang menunjukkan perasaannya . 
          • Terluka hatinya sangat lama disimpan .
          • Terlalu memilih pasangan .
          • Sukakan benda yang luas .
          • Bersistematik .


          OKTOBER
          • Suka berbual .
          • Suka orang yang sayang padanya.
          • Suka ambil jalan tengah .
          • Sangat menawan dan sopan santun .
          • Kecantikan luar dan dalam .
          • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura .
          • Mudah rasa simpati , baik dan mementingkan kawan .
          • Sentiasa berkawan .
          • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama .
          • Cepat marah .
          • Macam pentingkan diri sendiri .
          • Tidak menolong orang kecuali diminta .
          • Suka melihat dari perspektifnya sendiri .
          • Tidak suka terima pandangan orang lain .
          • Emosi yang mudah terusik .
          • Suka berangan dan pandai bercakap .
          • Emosi yang kelam kabut .
          • Daya firasat yang sangat kuat(terutamanya perempuan) .
          • Suka melancong , bidang sastera dan seni .
          • Pengasih , penyayang dan lemah lembut .
          • Romantik dalam percintaan .
          • Mudah terusik hati dan cemburu .
          • Ambil berat tentang orang lain .
          • Suka kegiatan luar .
          • Seorang yang adil .
          • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran .
          • Mudah patah semangat  .



          NOVEMBER
          • Banyak idea dalam perkara .
          • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya .
          • Berfikiran kehadapan .
          • Berfikiran unik dan bijak .
          • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa .
          • Pemikiran yang tajam .
          • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi .
          • Sesuai jadi seorang doktor .
          • Cermat dan teliti .
          • Personaliti yang dinamik .
          • Sifat yang berhsia , pandai mencungkil dan mencari rahsia .
          • Banyak berfikir , kurang bercakap tetapi mesra .
          • Berani , pemurah setia dan banyak kesabaran .
          • Terlalu degil dan keras hati .
          • Apabila berkehendak sesuatu , akan diusahakan sehingga berjaya .
          • Tak suka marah kecuali digugat .
          • Mudah ambil berat terhadap orang lain .
          • Pndai muhasabah diri .
          • Cara berfikir yang lain dari orang lain .
          • Otak yang sangat tajam .
          • Pandai mendorong diri sendiri .
          • Tidak hargai pujian .
          • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu .
          • Cuba sampai berjaya .
          • Badan yang sasa .
          • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik .
          • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang .
          • Suka duduk di rumah .
          • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi .
          • Amanah , jujur , setia dan pandai berahsia .
          • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi .
          • Bercita-cita tinggi .
          • Perangai tidak dapat diramal .



          DISEMBER
          • Sangat setia dan pemurah .
          • Bersifat patriotik .
          • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan .
          • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa .
          • Bercita-cita tinggi ,
          • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi .
          • Seronok bila didampingi .
          • Suka bercampur dengan orang .
          • suka dipuji , diberi perhatian dan dibelai .
          • Sangat jujur , amanah dan bertolak ansur .
          • Tidak pandai berpura-pura .
          • Cepat marah .
          • perangai yang mudah berubah ubah .
          • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi .
          • Benci pada kongkongan .
          • Suka berlawak .
          • Pandai buat lawak dan berfikiran logik .

          saya dapat semua ni daripada sumber buku . sekian , terima kasih .  bhahahaaha :D

          Monday, May 30, 2011

          Bunga Lili

          Saya suka bunga ni . Bunga ni cantik . Kalau nampak bunga ni , mesti korang teringin nak sentuh bunga tu dari dekat .
          entahlah kenapa saya nak cerita pasal bunga ni . tetibe datang idea nak mengarang pasal bunga ni .
          ehem ehem ehem !! hahaha .
          ok lah saya cerita pasal makna/maksud bunga lili ni .
          Bunga lili ni dikenali sebagai dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman yang tersendiri , bunga lili mempunyai keagungan 'masterpiece' yang tersendiri .
          Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan dan kesetiaan , bunga lili mempunyai ciri-ciri dan kualiti tersebut . Terdapat dalam warna dan jenis , pada asasnya juga melambangkan ketulinan , penghormatan dan sumber inspirasi .
          ok , tu saja . saya tak nak cerita lebih-lebih .

          Saturday, May 28, 2011

          Blog masih baru

          blog baru , pakaian baru , semua baru !!
          sy yg brnama kema . erm , sy buat blog dgn sendirinye tanpa daripada org yg tunjuk kat sy . sy ingin belajar sendiri bagaimana nak buat blog ni . trnyata sy berjaya jugak lakukan . sy hrp dgn membuat blog ni sy dpt menimba ilmu dan berkongsi ilmu dgn korang yg kakiblogger jugak . skrg sy masih blur blur blur lagi nk uruskan n edit blog ni dgn lebih baik . masa akan dtg sy akan ubah blog ni menjadi menarik pada tatapan korang . biar cantik kan baru korang nk tengok . adess , ermm , banyak jugak la kan cabarannye nk buat blog ni kan . walaupapepun , ari ni ari pertama sy menjadi ahli blog . 28/05/2011 . ok , papai .